Thursday 15 November 2012


 Pengenalan mengenai rebana.



Rebana Perak merupakan satu permainan yang sangat terkenal di negeri Perak Darul Ridzuan khususnya di persisiran Sungai Perak. Permainan tradisi ini seakan-akan sama dengan permainan kompang namun Rebana Perak ini jauh berbeza dengan kompang. Ia seakan - akan menjadi ''trademark'' bagi negeri Perak. 

Beza utama antara rebana Perak dan kompang ialah saiznya. Rebana Perak agak kecil mukanya namun bagi baluh ( kayu ) agak lebar. Selain itu Rebana Perak menggunakan kulit kerbau atau lembu dan berbeza dari kompang yang menggunakan kulit kambing. 

Rebana Perak agak berat malahan ada yang mampu mencapai sehingga 4 kg bagi sebuah rebana. Ini kerana kebiasaannya baloh rebana itu sendiri di perbuat daripada kayu pokok halban. Ada juga baloh yang di perbuat dari kayu pokok nangka dan lain2... Namun bunyinya amat merdu. Sekali tepuk atau dipalu bunyinya akan pergi jauh. Bagi pemain yang ''hardcore'', atau dalam erti kata lain orang yang sudah legend dalam permainan tradisional rebana ini pantang sahaja terdengar bunyi Rebana dimainkan maka sudah pasti mata akan menjenguk dan tapak tangan mula terasa gatal ingin bermain bersama.



 Kumpulan Darussalam.


Kumpulan rebana darussalam telah di tubuhkan pada tahun 2007.Kumpulan ini pada asalnya mempunyai 6 orang ahli. Kumpulan ini sangat aktif dengan aktivitinya tersendiri. Antara aktiviti yang sering kali diadakah seperti mengadakan latihan, bagi yang berminat menceburi bidang rebana. Latihan kebiasaan diadakan seminggu 2 atau 3 kali untuk sesi latihan.



















No comments:

Post a Comment